I AM SORRY, MIR RAHMAN (MAAFKAN AKU MIR RAHMAN) / Poem by Siti Ruqaiyah Hashim

Poem by Siti Ruqaiyah Hashim

 

I AM SORRY, MIR RAHMAN

That day
I had misunderstanding
With Mir Rahman from Srinagar
Because he refused
To give his real identity
And I was scared
To publish interview with him
In case I will be accused
Having links with Kashmiri militant
Though many times
I was duped
Because militant on one side
Are also freedom fighters on the other

Ah! Kashmir was once Paradise on earth

But Mir Rahman said
Kashmir is now like paradise
During winter
With its frozen lake
And syikara that couldn’t be rowed
To ferry tourists
Like postcard photos of 70s

Not only that
Said Mir Rahman
His Fb accounts was ordered to be closed
Every other month
Opened then closed
Opened again then closed again
Opened and closed again
Closed and closed for good at last

Mir Rahman
Mounted on his postings
Photos of youngsters on street protests
Or armies shooting at point blank
At the eyes of the young protesters
Or horrifying stories
Children and Muslim women
Raped by soldiers
Or stories of prominent University scholar
Died of torture in prisons
Etc…etc….etc…..

Kashmir was a paradise
In 70s postcards
And now remained
Painful stories
And miseries
And pain
And miseries
Said Mir Rahman

Mir, I am sorry
I didn’t really understand
About your paradise
Which lost its beautiful glory
Long ago
And your miserable stories
Was buried for so long

By the bleeding of Palestine, Syria, Iraq, Afghanistan, Bosnia

Herzegovinia

Etc….etc…etc….

 

MAAFKAN AKU MIR RAHMAN

Hari itu
aku selisih faham
Dengan Mir Rahman dari Srinagar
Kerana dia tidak mahu
Memberikan identitinya yang sebenar
Dan aku pula
Takut menyiarkan interviu tentangnya
Kalau-kalau dituduh
Mempunyai kaitan dengan militan Kashmir
Walaupun banyak kali aku terpedaya
Kerana pengganas di satu pihak
Adalah juga pejuang kebebasan di pihak lain

Ah! Kashmir pernah dipanggil syurga di muka bumi

Tapi kata Mir Rahman
Kashmir kini hanya seperti syurga
Di musim salji
Dengan tasiknya beku
Dan syikara tidak boleh didayung
Untuk membawa pelancong
Seperti gambar poskad tahun 70an

Bukan itu saja
Kata Mir Rahman
Akaun FB nya disuruh tutup
Selang sebulan
Buka kemudian tutup
Buka semula dan tutup semula
Buka dan tutup lagi
Tutup dan terus tutup akhirnya

Mir Rahman memuatkan
Gambar anak-anak muda protes jalanan
Atau tentera membidik dan membutakan mata mereka
Atau berita mengerikan
Kanak-kanak dan perempuan Islam
Diperkosa tentera
Atau cerita sarjana terkemuka universiti
Mati diseksa dalam penjara
Dll….dll….dll

Kashmir hanya seperti syurga
Dalam poskad tahun 70an
Dan sekarang
Yang ada
Hanya cerita duka
Dan luka
Dan duka
Dan luka
Kata Mir Rahman

Mir, maafkan aku
Kerana kurang mengerti
Tentang syurga mu
Yang sudah lama
Hilang syurgawinya
Dan cerita duka mu
Tenggelam begitu lama
Oleh darah yang mengalir di Palestina, Syria, Afghanistan,

Iraq, Bosnia Herzegovina
Dll…dll…dll.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s