Poem by Ahmed ZARKANEH
DECADES
I am a farewell wave, I have fifty years and some memories and a lot of pain.
I carry on the back of my heart The many disappointments days have brought to life .
I have fifty shadows One mirror is blurred by the death of the living.
In the first decade I was innocent, innocent as the desert was of the prophet’s enstrangement .
In the second, My shadow did not follow me, I opened calendar, and missed the count
In the third, I claimed that they crucified me as a Christ of their illusions.
The fourth, They found me clinging to a cradle that held me when I was a child, who became a young man, who no longer knows how I looked.
In the fifth, I carried the coffin, and started to mourn myself “Now I have awoken”
DEKAD
Aku adalah ombak selamat tinggal, Aku punya lima puluh tahun memori dan luka yang tidak sedikit
Ku bawa bersama di lipatan hati ku Berbagai kekecewaan yang ditimbunkan dalam hidup ku
Aku punya lima puluh bebayang Dengan sebuah cermin kabur oleh kematian dalam kehidupan
Di dekad pertama
Aku tak tahu apa-apa, seperti padang pasir yang tidak tahu apa-apa ketika Nabi membawa diri
Di dekad kedua Bebayang ku tidak mengikut sama, Ku buka calendar, dan tersilap membilang hari
Di dekad ketiga Aku mendakwa mereka telah menyalib ku seperti Nabi Isa kerana ilusi mereka
Di dekad keempat Mereka menjumpai diri ku bergayut di buaian tempat tidur ku ketika kecil, yang menjadi orang muda, dan tak keruan lagi bagaimana rupa ku
Di dekad kelima Aku mengusung keranda dan mula menangisi diri ku “Sekarang aku telah sedar”.
Translated into BAHASA MELAYU by Siti Ruqaiyah HAHSHIM





























Leave a Reply