WANITA-WANITA YANG BEKERJA DI KEDAI – Knut  ODEGARD / Translated into Bahasa Melayu by Siti Ruqaiyah Hashim 

Poem by Knut  ODEGARD

 

WANITA-WANITA YANG BEKERJA DI KEDAI

Ianya pada hari cerah dan sejuk bulan Disember: bulan penuh bercahaya seperti perut wanita mengandung ke muka wanita yang bekerja di kedai, mereka dalam perjalanan dalam cahaya gemilang ini ke tempat kerja. Ianya awal pagi sekarang ini, dan dalam waktu yang beredar wanita-wanita dalam cahaya kuning, kelabu atas salji itu termasuklah wanita yang bekerja di kedai jam itu.

Aku telah mencipta wanita ini yang menghembus nafas 9 jam sehari di kalangan
jam-jam ini jam yang berdetik dan pendulum yang
bergerak:

Cuacanya tidak menentu, berubah tiba-tiba, kadang-kadang terbalik, dengan cepat sekali tiba-tiba dan suhu berubah. Sekarang salji mula turun perlahan dalam puisi ketika dia membuka kunci pintu kedai di High Street. Aku namakan dia Lisbeth.

Semuanya di sini, fikirnya, Lisbeth yang bekerja di kedai itu. Segala-galanya yang wujud di sini. Cuckoo bunyi jam di dinding, bila tuan punya kedai jam itu sampai.

Dan dia boleh keluar untuk menghisap rokok
waktu pagi . Aku cipta pula wanita-wanita lain yang bekerja bersama di kedai: mereka keluar dengan beg tangan hitam berkilat pada masa yang sama dengan Lisbeth; Mereka agak gempal dan seksi dan bila mereka membuka beg tangan licin mereka, jari-jari mereka dengan kuku bercat warna hitam meraba-raba mencari paket rokok dan pemetik api, cuaca begitu tak menentu; berubah, menjadi semakin sejuk sekarang bila mereka berdiri di luar menghisap rokok, memegang rokok dengan jari-jari lembut licin yang sedikit kembang dengan cat kuku berwarna hitam. Hujan akan turun nanti. Rokok lembap, mentol dengan cap gincu bibir warna merah jambu, pada penapisnya.

 


Translated into Bahasa Melayu by Siti Ruqaiyah Hashim 
Copywright Reserved.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s